Friday, 1 June 2012
ADAB MEMBACA BUKU.....
“Ramai yang enggan membuka buku dan membaca tulisan seseorang
individu kerana merasakan dirinya tidak layak untuk membaca dan melihat
luahan ilmu daripada seorang yang dianggap lebih rendah daripadanya.
“Ramai juga yang enggan mendengar ulasan kebaikkan daripada seorang
individu lain hanya kerana menyangka dirinya lebih mengetahui ataupun
terdapat perbezaan pendapat. Dan begitulah terbantutnya proses ilmu itu
hanya kerana setitis sifat ego yang ada dalam diri”
“Ego sebenarnya akan menjadikan seseorang itu semakin ‘tidak pandai’.
Lebih malang lagi, ego akan menjadikan dirinya ujub dan rasa hebat pada
matanya sendiri sahaja, namun ia kelihatan ‘bodoh’ pada pandangan
ramai. Ya Allah, jauhilah kami daripada tergolong dalam kumpulan ini.’
“Nabi saw bersabda :
Harta tidak akan berkurangan kerana sedekah, dan tidak akan Allah swt
tambahi kepada orang yang mengampunkan kecuali kemuliaan, dan tiadalah
seorang yang merendahkan dirinya kerana Allah kecuali akan ditinggikan
kedudukan mereka oleh Allah swt
Riwayat : Muslim dan At-Tirmizi
ADAB SEBELUM BELAJAR
Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan
oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah,
kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan
di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4
yang bermaksud :
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu
yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan
perantaraan Qalam”.
Ayat di atas adalah ayat pertama yang
diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan supaya membaca. Membaca di
sini adalah bermaksud menuntut ilmu. Justeru itu, bagaimana pula dengan
adab-adab ketika kita belajar ? Di sini terdapat beberapa perkara
berkaitan adab ketika belajar, kebaikan dan keburukan mengabaikannya.
Antaranya ialah :
Adab-adab Ketika Belajar
- Membaca Doa Penerang Hati
- Duduk dengan sopan
- Mendengar penerangan guru dengan teliti
- Berlumba-lumba untuk belajar
- Sabar ketika belajar
- Sentiasa mengulangkaji pelajaran
- Menghormati guru anda
- Mendisiplinkan diri
Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
- Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
- Anda akan disenangi guru dan rakan
- Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar
Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar
- Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
- Dibenci oleh guru dan rakan anda
- Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.
Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan
budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah
digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita.
Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi
pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat
keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)